Powered By Blogger

Saturday, 8 October 2016

KEHIDUPAN DI ALAM DIPLOMA & DEGREE


Alam diploma = Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana diberi peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.  Banyak benda yg saya belajar sepanjang 3 tahun ni.. Alhamdulillah, semasa belajar di utara tanah air saya diberi hidayah dan kesedaran oleh Allah untuk menutup aurat dengan sempurna.  Ia merupakan satu nikmat yg terkata.. Banyak dugaan yg saya lalui semasa di alam diploma dan banyak benda yang memberi kesedaran kpd sy utk berubah menjadi yang lebih baik... Terima kasih Ya ALLAH kerana KAU hadirkan insan2 yg sudi menyokong aku untuk berubah ke jalan-Mu :)

Alam degree = Sedang berada di tahun akhir sekarang ni, tgh sibuk nak cari tajuk thesis & final year project...2 tahun kehidupan di selatan tanah air mengajar saya bahawa istiqomah itu sukar tetapi hendak berubah itu mudah.  Iman turun naik, saya cuba menghadiri majlis2 ilmu dan mengikuti aktiviti kelab Islamic di universiti.  Cuba bergaul rapat dengan sahabat-sahabat yg sentiasa mencari redha Illahi, terasa diri ini kerdil dan hina.  Rasa tidak layak untuk bersama ahli2 syurga ni.  Mereka semua sangat hebat, bertudung labuh, menjaga ikhtilat, selalu pergi usrah, selalu ke masjid.  Kerdilnya diri ini Ya ALLAH :(  Bantu daku ya ALLAH mencari redha-MU dan terus beristiqomah.
Saya selalu berpesan pada hati, syurga ALLAH itu mahal, kalau nak dapat kena berusaha keras sama mcm kau nk sampai ke peringkat ijazah ni, semua itu perlukan pengorbanan dan ingat satu benda ni walau ape pun yang terjadi jangan pernah lupa ALLAH :)

Thursday, 30 May 2013

Dosa-dosa ku ~

Kadang-kadang jiwa ni kosong, terkapai2 mencari ketenangan...
Di pelusuk manakah perlu ku cari ketenangan itu,
Jiwa ini terasa kosong, sunyi.
Dimanakah ubat penyakit ini?

Suatu hari,
Hati terasa membuak2 ingin berubah ke arah lebih baik (muslimah sejati),
Bermula dgn niat berubah kerana ALLAH,
Ku mulai dgn memakai stoking, seluar longgar,
Alhamdulillah, terasa seronok tetapi merasa seperti masih ada yg tidak sempurna,
Alhamdulillah, suatu hari ,hati ini bertekad utk memakai tudung labuh, baju labuh, sarung lengan , dan seluar longgar,
Terima kasih ALLAH kerana memberi ku petunjuk - MU,
Selama ini aku lalai, leka dgn kehidupan yg sementara ini,
Alhamdulillah, jiwa ini terasa tenang,
Luaran sudah ku perbaiki,
Tiba masanya untuk dalaman pula utk ku sempurnakan,

Tetapi, aku hanya insan biasa,
Sering lalai, leka dgn duniawi,
Bantu lah daku supaya beristiqomah utk memperoleh keredhaan- MU YA ALLAH,
Ampuni dosa2 silam ku YA ALLAH,
Hindari daku dari azab api neraku- MU YA ALLAH :(
Ameen ~